Salam Kekawan Semua,
Kali ini aku nak mengomel pasal Convocation Day aku....Aku dengan ini Shazwina Suhaila Binti Suhdi telah berjaya menamatkan pengajian di UITM, Shah Alam dan telah memperolehi Bachelor of Bisnez Administration (Hons) Insurance....Congratulations ( tuk diri sendiri)
Aku laaa nie :: Cun tak ::: |
Tarikh yang bersejarah nie adalah pada 25 October 2011 bersamaan hari Selasa dan bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, Uitm Shah Alam....aku punyaKonvokesyen adalah pada Sidang ke 8 dan pada sesi pagi....walaupun aku lewat datang tapi aku masih lagi dapat naik ke pentas untuk menerima skroll aku daripada VC Uitm iaitu YBhg Dato Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar...Terima kasih Dr Sahol.....( masa naik pentas nervous gilaaaa doeee sbb takut jatuh maklumlah kena pakai kasut TUMIT TINGGI, aku xbiasa pakai yea kekawan)
::: with my abah and mama ::: Thanks to them |
Segala-galanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut.....Kejayaan aku nie dikongsi bersama-sama dengan abah,mama, adik-adik aku (Syafiq and Syira) , kawan-kawan aku dan pensyarah-pensyarah aku....Jasa mereka akan aku kenang hingga akhir hayat aku....kerana merekalah aku berjaya menamatkan pengajian aku nie.....!!!!
::: with my beloved family ::: |
::: with Syafiq and Syira ::: |
Setiap kejayaan pastinya ada banyak pengorbanan......Masa kat dalam Dewan Agong Tuanku Canselor tu aku rasa Sebak laa jugak....segala memori masa belajar bersama-sama kekawan terimbau kembali....suka duka air mata gelak tawa bersama dengan mereka kembali menerjah minda aku.....Terima kasih kepada mereka semua atas segala-galanya.....Aku akan sentiasa ingat korang semua.......muackssssss ....Sayang koranggggg semua.....
::: with my best fren ::: Syuhada ::: Congrats too beb |
::: with my ex-classmate :: remember group always last minute ::: |
::: with my ex-classmate ::: haaaapppyyy !!!!! |
Kini dengan rasminya aku adalah Alumni Uitm.....heheheh~ mcm bangga laaa plak sbnarnya xdew pew3 pown...hahahaha
p/s: BM221 Insurance- July 2008- April 2011 ( Korang semua telah banyak mencipta memori dalam hidup aku yang ceriaaa menjadi terlebih ceriaaaaaaa........thankssssssssss babeeee ~)